PlayerUnknown’s Battlegrounds merupakan salah satu permainan popular yang dimainkan jutaan pemain pada sesuatu masa. Dengan angka yang tinggi, ia juga secara tidak langsung meningkatkan kadar pemain yang menipu dalam permainan untuk menang.

Pembangunnya sedia menyertakan ciri untuk melapor pemain yang menipu sebelum ini, dan dalam kemaskini akan datang, PUBG ingin lebih memudahkannya.

Kelak, anda boleh klik-kanan di atas nama seseorang pemain, dan terus membuat laporan mengenai pemain berkenaan serta-merta – dan tidak lagi perlu tunggu sehingga dibunuh untuk melaporkan pemain yang disangka menipu.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian, dan dijangka diperkenalkan kepada semua dalam masa terdekat.

Disamping itu, PUBG juga kelak ingin menambah beberapa kandungan baru berbentuk pakaian dan sebagainya.

Sohor Kini