Skip to main content

Nate Nanzer, pesuruhjaya Overwatch League hari ini mengumumkan bahawa bermula 2018 kelak, Blizzard akan menyediakan kemaskini terbaru buat permainan Overwatch yang mana pemain berupaya untuk membeli kostum ataupun jersi buat pasukan-pasukan Overwatch League melalui sistem League Token yang baru.

Bersempena dengan acara E-sukan Overwatch League yang bakal berlangsung pada Januari ini, kesemua 12 pasukan yang menyertai acara tersebut mempunyai rekaan kostum khas mengikut warna pasukan seakan jersi sukan seperti sukan-sukan lain.

Melaluinya, pemain berupaya untuk membeli jersi tersebut dengan membeli League Token untuk kesemua watak-watak Overwatch. Pada masa yang sama, setiap pembelian juga akan membantu kewangan mengikut jersi pasukan yang dibeli oleh pemain. Sistem League Token ini juga memberi kemudahan pemain untuk membeli jersi tersebut secara khusus tanpa sebarang sistem rawak daripada lootbox.

Nate Nanzer juga menyatakan sistem tersebut akan dilancarkan awal tahun depan, dimana setelah pemain log masuk buat pertama kali lepas kemaskini tersebut, pemain akan diberi nilai League Token yang mencukupi untuk membeli satu jersi. Namun begitu, beliau tidak menyatakan sebarang langkah lain untuk memperoleh League Token tersebut selain daripada membelinya dengan menggunakan wang betul.

Overwatch adalah permainan yang dilancarkan pada tahun 2016 oleh Blizzard di Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk permainan multi-pemain.

Leave a Reply