Informasi Permainan Video Terkini
Konami Mempertontonkan Trailer Bentuk Permainan Secara Solo Buat Metal Gear Survive

Konami Mempertontonkan Trailer Bentuk Permainan Secara Solo Buat Metal Gear Survive

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Dengan pelancaran permainan Metal Gear Survive semakin menghampiri, Konami kini mempertontonkan trailer terbaru buat permainan tersebut dengan trailer yang memfokuskan bentuk permainan secara solo.

Menariknya, trailer tersebut juga memaparkan sebilangan bentuk permainan yang boleh dilakukan oleh pemain seperti perangkap yang pemain boleh gunakan ketika bertempur dengan zombi dan juga pernaik-tarafan pangkalan pemain.

Pemain juga berupaya untuk mengumpul barangan untuk terus hidup di sekitar kawasan persekitaran permainan tersebut seperti kayu dan memburu binatang untuk makanan. Barangan yang dikumpul oleh pemain juga akan digunakan untuk mencipta barangan dan kelengkapan yang akan membantu pemain untuk hidup di dalam permainan tersebut.

Dari segi penceritaan pula, trailer tersebut memaparkan sebilangan watak baru bersama logo bendera Militaires Sans Frontières, sekaligus ia mungkin berkait rapat dengan penceritaan daripada permainan Metal Gear Solid Peace Walker.

Pada Disember lepas juga, Konami mengumumkan bahawa beta terbuka permainan tersebut akan bermula pada 18 sehingga 21 Januari.

Metal Gear Survive adalah permainan Metal Gear yang pertama dikeluarkan oleh Konami selepas Hideo Kojima meninggalkan Konami pada Disember 2015 yang lepas. Ia dirancang untuk dilancarkan pada 20 Februari 2018 ini di konsol Playstation 4 dan Xbox One.


TIPS & ULASAN