Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton : Aksi Pertempuran Goku Black Di Dalam Permainan Dragonball FighterZ
PC

Jom Tonton : Aksi Pertempuran Goku Black Di Dalam Permainan Dragonball FighterZ

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Tampaknya Bandai Namco tidak memberhenti untuk mempertontonkan sebilangan trailer terbaru buat permainan Dragonball FighterZ yang bakal tiba 26 Januari ini. Terkini, Bandai Namco berkongsi berkenaan watak Goku Black daripada siri anime Dragonball Super.

Menariknya juga, Goku Black akan tiba melalui bentuk Super Saiyan Rosé yang mana ia merupakan bertentangan dengan kuasa Super Saiyan Blue dan melebihi kuasa daripada Super Saiyan God. Goku Black juga akan disertakan beberapa serangan ikonik daripada siri anime tersebut bersama watak Supreme Kai Zamasu.

Bagi mereka yang tidak sabar untuk mencuba permainan tersebut, Bandai Namco juga mengumumkan bahawa beta bagi permainan Dragonball FighterZ akan bermula pada 13 Januari ini khas di Playstation 4 dan Xbox One.

Dragonball FighterZ ialah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco. Permainan ini bakal dilancarkan pada 26 Januari 2018 ini khas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN