Skip to main content

Lanjutan daripada trailer terbaru bersama pengumuman watak Beerus, Hit dan Black Goku buat permainan Dragonball FighterZ, Bandai Namco juga mengumumkan bahawa beta terbuka bagi permainan tersebut bakal bermula pada 13 Januari ini.

Menurut Bandai Namco, beta terbuka tersebut akan bermula di konsol Playstation 4 dan Xbox One sahaja. Manakala tarikh beta terbuka tersebut akan bermula pada 14 Januari, namun bagi mereka yang membuat pra-tempahan bagi permainan Dragonball FighterZ, anda akan mendapat bermain lebih awal pada 13 Januari.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba beta terbuka tersebut, anda boleh muat-turunnya bermula 13 Januari ini melalui PSN Store dan Microsoft Store pada jam 4 petang. Bagi anda yang tidak membuat pra-tempahan, beta terbuka tersebut boleh dimainkan bermula 14 Januari jam 4 petang. Ia akan tamat pada 16 Januari.

Dragonball FighterZ bakal dilancarkan pada 26 Januari 2018 ini khas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply