Melalui siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainemnt (SIE), jualan PS4 agak memberasangkan untuk akhir tahun 2017. Antara informasi yang dikongsi adalah seperti berikut:
Sony tidak mengasingkan unit jualan untuk Playstation 4 dan Playstation 4 Pro tetapi kami boleh rumuskan majoriti unit terjual adalah Playstation 4 biasa. Hasil jualan Playstation 4 selepas 4 tahun dilancarkan (Playstation 4 dikeluarkan pada Febuari 2014) jauh lebih tinggi berbanding Playstation 3 iaitu 48 juta unit untuk tempoh yang sama.
Dengan permainan esklusif untuk Playstation 4 yang akan dikeluarkan pada tahun ini seperti God of War, Spider-man dan Detroit: Become Human, jualan unit Playstation 4 dan salinan permainan sememangnya akan terus meningkat untuk tahun 2018. Monster Hunter: World yang akan dikeluarkan pada 26 Januari ini juga dikatakan akan meningkatkan lagi jualan unit Playstation 4 menurut bekas editor Famitsu Hirokazu Hamamura.