Informasi Permainan Video Terkini
NVIDIA : Terdapat Lebih 1 Bilion Pemain Video Melalui PC Pada Hari Ini
PC

NVIDIA : Terdapat Lebih 1 Bilion Pemain Video Melalui PC Pada Hari Ini

Diterbitkan pada Jan 8, 2018 oleh .

NVIDIA merupakan jenama yang tidak asing dalam penawaran kad grafik dan pelbagai perkara lain memfokuskan multimedia dan juga permainan video. Pada acara CES 2017, mereka kini turut berkongsi mengatakan yang mana terdapat lebih 1 bilion pemain video melalui PC pada hari ini.

NVIDIA turut menyasarkan yang mana angka berkenaan dijangka meningkat kepada 1.4 bilion pemain menjelang 2020 kelak.

Angka yang tinggi ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada populariti e-sukan akhir-akhir ini. NVIDIA mengatakan peminat e-sukan dijangka mencapai hampir 600 juta orang menjelang 2020 kelak.

NVIDIA sendiri dilihat berusaha membawa permainan video kepada lebih banyak PC seluruh dunia melalui perkhidmatan penstriman NVIDIA GeForce Now, selain ingin mempopularkan perkongsian kandungan permainan video melalui GeForce Experience.


TIPS & ULASAN