Dengan populariti permainan Playerunknown’s Battleground (PUBG) yang semakin meningkat naik dari hari ke hari, kini lebih banyak permainan yang menambah mod permainan seumpamanya yang dikenali ramai sebagai genre “Battle Royale”. Terkini, Paladins, salah satu permainan tembak-menembak popular turut menambah mod berkenaan, dimana ia dikenali dengan nama Battleground.
Mod ini akan melibatkan seramai 100 pemain yang akan dijatuhkan ke suatu peta yang besar, dan perlu menjadi pemain yang paling akhir kekal hidup.
Paladins bukanlah permainan pertama yang mengikut PUBG, dan tidak juga akan menjadi permainan terakhir. Populariti PUBG yang berteruskan terutama selepas permainan ini menarik minat pengguna sejak Mac lepas, dan telah pun dilancarkan pada versi akhir pada Disember lepas.
Paladins yang tidak mampu untuk bersaing dengan Overwatch kini cuba bersaing dengan PUBG dan kami merasakan akan menghasilkan keputusan yang lebih kurang samasama. Kami akan mencuba mod ini dan akan kongsikan ulasan kami apabila dikeluarkan nanti. Bagi anda sendiri, adakah anda akan memainkan mod Battleground ini?