Informasi Permainan Video Terkini
Humble Bundle Kini Menawarkan Beberapa Permainan Menarik Bermula $1 – Termasuk BioShock : Infinite
PC

Humble Bundle Kini Menawarkan Beberapa Permainan Menarik Bermula $1 – Termasuk BioShock : Infinite

Diterbitkan pada Jan 3, 2018 oleh .

Humble Bundle sering hadir dengan pelbagai penawaran menarik setiap bulan, dan kini untuk bulan Januari 2018, mereka memulakannya dengan penawaran permainan pilihan staf mereka dibawah apa yang dipanggil Humble Staff Picks Bundle.

Humble Staf Picks Bundle

Melaluinya, sejumlah permainan PC ditawarkan pada harga bermula serendah $1. Pada sumbangan paling minima, iaitu $1, anda akan menerima permainan Tempest, LiEat dan juga Punch Club.

Pada sumbangan purata pula, pemain akan menerima tiga lagi pemain tambahan, iaitu Aragami, Beholder dan juga BioShock Infinite.

Dan pada sumbangan minima $12, anda akan turut menerima semua permainan diatas, dan juga Shenzhen I/O.

Bagi anda yang ingin menambah koleksi permainan anda di Steam, mungkin boleh mendapatkan Humble Staff Picks Bundle ini hari ini.