Skip to main content

Kehangatan semakin membara selepas video acah Captain Marvel diterbitkan pada awal Disember lalu. Kita sudah tahu Brie Larson melakonkan watak Carol Danvers atau nama adiwira beliau adalah Captain Marvel. Kemudian, watak-watak legenda filem Marvel seperti Nick Fury dan Phil Coulson kekal dilakonkan oleh Samuel L. Jackson dan Clark Gregg. Tetapi ada satu pelakon yang wataknya kekal misteri.

Pelakon tersebut adalah Jude Law. Pada awalnya, di laman IMDB dan laman web Captain Marvel – Jude Law disenaraikan akan melakonkan watak yang bernama Mar-Vell. Tetapi, selepas temu ramah Jude Law sendiri tidak boleh sahkan watak apakah yang beliau bawa. Kemudian, terdapat spekulasi mengatakan Jude Law akan lakonkan watak antagonis – Yon-Rogg. Kini, di laman web Captain Marvel – nama Mar-Vell pada imej Jude Law telah dibuang dan digantikan oleh nama ‘Leader of the Starforce‘. Siapakah watak Marvel yang dilakonkan Jude Law kini semakin misteri.

Nampaknya, kita tidak akan tahu Jude Law membawa watak apa dan untuk ketahui kita hanya perlu tunggu filem Captain Marvel yang bakal ditayangkan pada 8 Mac 2019. 2019 sudah hampir, percaya atau tidak 8 Mac ini tidak lama sahaja lagi. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply