Skip to main content

Semalam kami telah laporkan di mana, Marvel hadir dengan poster acah baru ‘Captain Marvel dan video acah akan hadir hari ini. Jika anda adalah peminat Marvel dan memang nantikan filem ‘Captain Marvel’ – ini adalah video acah baru.

Melalui video acah ini, ia memperlihatkan serba sedikit hubungan watak Mar-Vell yang dilakonkan oleh Jude Law dengan Captain Marvel, bagaimana Nick Fury membantu Carol Denvers, sekilas pandang aksi Phil Coulson dan juga sedikit kisah bagaimana Carol Denvers menerima kuasa beliau. Menarik sekali, dalam video acah ini – ia memperlihatkan kostum lengkap ‘Captain Marvel’ berserta helmet yang menjadikan rambut ‘Captain Marvel’ dengan fesyen mohawk.

Jika anda rasa video acah ini satu beberan, anda silap. Kerana kehangatan ‘Captain Marvel‘ ini adalah satu perkara yang sukar untuk reda sehinggalah ia ditayangkan pada 8 Mac 2019 akan datang. Bagaimana ‘Captain Marvel’ akan selamatkan Avengers? Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply