Informasi Permainan Video Terkini
Doom Patrol Akan Hadir Ke Aplikasi Penstriman DC Universe Pada 15 Februari 2019

Doom Patrol Akan Hadir Ke Aplikasi Penstriman DC Universe Pada 15 Februari 2019

Diterbitkan pada Dis 24, 2018 oleh .

Titans adalah siri DC pertama yang sudah ditayangkan di aplikasi penstriman DC Universe dan akan hadir ke Netflix pada Januari tahun hadapan. Ia mengisahkan watak-watak dari Teen Titans, tetapi dalam keadaan yang lebih ‘gelap’. Dalam Titans, kita sudah lihat Robin, Raven, Starfire dan Beastboy – tetapi di manakah Cyborg?

Cyborg akan muncul dalam Doom Patrol, iaitu siri DC kedua dalam DC Universe selepas Titans. Doom Patrol akan mengisahkan lima rakan yang terlibat dengan kemalangan dasyat. Mereka kemudiannya dirawat oleh The Chief untuk teruskan kehidupan. Tetapi, mereka tidak boleh hidup dalam keadaan yang normal kerana mereka mempunyai kuasa yang luar biasa. Lima manusia malang tapi berkuasa ini adalah Robotman, Negative Man, Elasti-Girl, Crazy Jane dan Cyborg. Menurut DC Universe, siri ini akan fokus pada Cyborg dengan lebih aksi. Masa Cyborg beraksi adalah selepas semua yang berlaku pada episod akhir Titans.

Dalam siri Titans, kita sudah pun lihat penampilan Robotman, Negative Man dan Elasti-Girl. Dari situ, kita turut pelajari asal usul Gar atau Beast Boy. Bagaimana jalan cerita Doom Patrol ini, adakah mereka akan menjadi adiwira seperti Gar atau akan mengikut jalan gelap seperti ketua mereka The Chief? Sama-sama kita nantikan kelak.


TIPS & ULASAN