Informasi Permainan Video Terkini
Brawl Stars Kini Dilancarkan Secara Rasmi – Permua Terbaru Daripada Pembangun Clash Royale

Brawl Stars Kini Dilancarkan Secara Rasmi – Permua Terbaru Daripada Pembangun Clash Royale

Diterbitkan pada Dis 13, 2018 oleh .

Pada bulan Jun yang lepas, pembangun permua Clash Royale iaitu Supercell hadir dengan permua baru – Brawl Stars. Permua ini merupakan permainan tembak-menembak 3v3 dengan bentuk pandang permainan dari atas. Pemain perlu membunuh pihak lawan dan mengumpulkan seberapa Gems yang boleh.

Ketika itu ia masih lagi dalam bentuk beta dan Malaysia adalah salah satu negara yang terawal dapat mengakses dan bermain permua ini. Kini, Brawl Stars keluar daripada versi beta dan hadir dalam bentuk stabil dan  boleh dimuat turun oleh semua. Ia hadir untuk kedua-dua platform iOS dan Android.

Brawl Stars hadir dengan beberapa mod berbeza, termasuk Showdown, Gem Grab, Bounty, Heist dan juga Brawl Ball. Bagi yang berminat boleh muat turun di kedai aplikasi masing-masing.

Muat-Turun Brawl Stars untuk Android

Muat-Turun Brawl Stars untuk iOS


TIPS & ULASAN