BoBoiBoy adalah animasi adiwira kanak-kanak yang dihasilkan oleh Animonsta Studio. Dalam animasi ini, bukan BoBoiBoy sahaja yang mempunyai kuasa – tetapi sahabat-sahabat BoBoiBoy; Yaya, Ying, Fang dan Gopal turut mempunyai kuasa unik tersendiri. Mereka menerima kuasa ini dari bola kuasa yang bernama Ochobot.
https://youtu.be/0RiJKFjcHzM
Disebabkan animasi ini popular, pada tahun 2016 – Animonsta hadir dengan BoBoiBoy The Movie. Filem ini agak menarik kerana dalam filem ini, ia memperlihatkan kuasa BoBoiBoy yang semakin hebat iaitu BoBoiBoy Kuasa Tujuh. Filem ini kini boleh ditonton secara eksklusif melalui saluran Monsta Channel di YouTube.
Filem ini diterbitkan di YouTube mungkin sebagai persediaan untuk BoBoiBoy The Movie 2 yang bakal ditayangkan pada tahun 2019 kelak.