Informasi Permainan Video Terkini
Animonsta Studios Berkongsi Imej Poster Baru Buat Filem BoBoiBoy Movie 2 – Bakal Ditayang 2019

Animonsta Studios Berkongsi Imej Poster Baru Buat Filem BoBoiBoy Movie 2 – Bakal Ditayang 2019

Diterbitkan pada Sep 19, 2018 oleh .

Animonsta Studios hari ini berkongsi imej poster baru buat filem BoBoiBoy Movie 2 yang mana ianya merupakan filem animasi khas buat siri BoBoiBoy Galaxy yang bakal ditayang 2019 ini.

Buat masa ini, pihak Animonsta masih belum berkongsi sebarang informasi mahupun sipnosis berkenaan filem kedua tersebut. Namun, berdasarkan poster yang dipaparkan, sudah pastinya filem tersebut akan mempunyai pelbagai adegan beraksi yang menarik.

BoBoiBoy Galaxy merupakan siri animasi yang dihasilkan oleh Animonsta Studios. Ianya merupakan siri seterusnya buat siri BoBoiBoy yang lebih memfokuskan bentuk penceritaan pengembaraan watak utamanya, iaitu BoBoiBoy iaitu seorang budak lelaki yang mempunyai kuasa adiwira berelemen.

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut berkenaan apabila Animonsta Studios mengumumkannya kelak.


TIPS & ULASAN