Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Terbaru Godzilla: King of the Monster Diterbitkan Oleh Warner Bros.
Artikel Berkaitan

Video Acah Terbaru Godzilla: King of the Monster Diterbitkan Oleh Warner Bros.

Diterbitkan pada Dis 11, 2018 oleh .

Godzilla: King of the Monster adalah prekuel buat Godzilla vs Kong yang pernah kami tulis sebelum ini. Filem ini dihasilkan oleh Warner Bros. dan Legendary, ia adalah kisah raksasa ganas dalam dunia MonsterVerse. Raksasa ini akan diperhatikan oleh MONARCH. Baru-baru ini, video acah baru buat Godzilla: King of the Monster telah diterbitkan oleh Warner Bros. di YouTube mereka.

Menarik dengan video acah ini, ia memperlihatkan seekor lagi raksasa ganas – King Ghidorah, seekor naga tiga kepala. Jadi, filem ini adalah pertempuran antara Godzilla vs King Ghidorah. Raksasa mana satu yang baik atau jahat dan raksasa mana yang akan melindungi bumi dari kemusnahan, itu menjadi tanda tanya. Tetapi, dari judul filem ini sendiri – Godzilla itu adalah raja kepada segala raksasa. Jadi, tidak hairan kalau Godzilla yang menang dan Godzilla adalah yang ‘baik’ dalam filem ini.

Turut terlihat dalam video acah ini adalah raksasa-raksasa lain seperti Mothra dan Rodan. Dalam filem ini Madison Russell juga adalah watak utama. Madison dilakonkan oleh Millie Bobby Brown yang terkenal dalam Stranger Things sebagai Eleven. Pertempuran antara raksasa ini dilihat agak dasyat, bagaimana kesudahannya? Sama-sama kita nantikan tayangan filem ini pada 31 Mei 2019.


TIPS & ULASAN