Skip to main content

Ingat atau tidak akan filem berjudul ‘Godzilla‘? Ia ditayangkan pada tahun 2014 dan filem ini adalah hasil kerjasama antara Legendary dan Warner Bros. Filem ini memfokuskan pada watak Godzilla iaitu seekor raksasa yang ganas. Sekuel kepada filem ini adalah Godzilla: King of the Monster yang bakal ditayangkan pada tahun 2019 kelak. Terkini, Legendary iaitu syarikat terbitan filem ini memaklumkan di mana Godzilla vs Kong sudah memulakan rakaman dan produksi dan bakal ditayangkan pada musim panas tahun 2020.

Jika anda keliru atau lupa, bagaimana raksasa dari filem Godzilla boleh bertempur dengan King Kong untuk Godzilla vs Kong – saya akan jelaskan secara ringkas.

Pada tahun 2017, Kong: Skull Island hadir di pawagam. Kong: Skull Island ini merupakan filem prekuel kepada filem King Kong (2005) yang mana salah seorang dari pelakonnya adalah Jack Black. Filem ini mengisahkan bagaimana wujudnya King Kong serta di mana letaknya lokasi raksasa ini. Jadi sebelum pasukan teater Carl Denham (Jack Black) temui King Kong dalam filem King Kong (2005), pasukan James Conrad (Tom Hiddleston) dari Kong: Skull Island telah menemui raksasa ini terlebih dahulu. Mengikut teori, Godzilla dan Kong adalah dua raksasa yang makin tahun makin membesar.

Tambahan lagi, dua filem ini mempunyai dunia mereka tersendiri. Godzilla dan King Kong berada dalam dunia MonsterVerse di mana pasukan yang menentang raksasa ini adalah MONARCH. MONARCH adalah seperti S.H.I.E.L.D dalam dunia Marvel Cinematic Universe.

Sama-sama kita nantikan, bagaimana Godzilla dan King Kong bertempur akan datang.

Leave a Reply