Sebelum ini, kami telah pun laporkan satu berita berkaitan siri televisyen Netflix – Stranger Things musim ketiga. Ia adalah mengenai permainan video ini adalah berdasarkan jalan cerita buat siri televisyen ini. Ia berjudul Stranger Things 3: The Game.
Terkini, Netflix telah menyenaraikan judul-judul buat setiap episod dalam musim ketiga Stranger Things. Stranger Things musim ketiga akan mempunyai lapan episod, berikut adalah senarai episod buat siri televisyen ini;
- Suzie, Do You Copy?
- The Mall Rats
- The Case of the Missing Lifeguard
- The Sauna Test
- The Source
- The Birthday
- The Bite
- The Battle of Starcourt
Latar masa buat Stranger Things musim ketiga adalah tahun 1985, iaitu satu tahun selepas Stranger Things musim kedua. Apa akan terjadi pada Eleven dan rakan-rakan dan bagaimanakah jalan ceritanya? Sama-sama kita nantikan kelak.