Skip to main content

Netflix dan BonusEXP hari ini mengumumkan satu lagi permainan baharu berdasarkan siri TV Netflix, Stranger Things iaitu Stranger Things 3: The Game.

Pengumuman tersebut dilakukan ketika acara The Game Awards 2018 yang mana menurut The Duffer Brothers, pencipta untuk siri tersebut mereka bakal melancarkannya di kesemua platform permainan, termasuklah permua, konsol dan juga PC.

Menariknya juga, permainan ini akan mempunyai penceritaan berdasarkan musim ketiga buat siri tv Netflix tersebut yang mana ianya masih lagi di dalam produksi.

Berdasarkan video trailer yang dikongsikan, permainan tersebut juga kelihatan mempunyai bentuk visual grafik yang dinaik-taraf daripada permainan sebelum ini dengan bentuk lebih kepada isometrik.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan, seperti biasa kami akan umumkannya pada masa akan datang setelah ianya diumumkan.

Leave a Reply