Episod rentas-siri untuk siri televisyen DC The Flash, Arrow, Supergirl dan Batwoman adalah episod Elseworld yang akan ditayangkan secara tiga malam berturut-turut. Rentas-siri ini turut dikenali sebagai ‘Arrowverse‘, di mana semua siri televisyen DC ini berkait antara satu sama lain dengan siri Arrow. Cuma, untuk episod Elseworld – watak-watak dari The Legends of Tomorrow tidak akan terlibat. Mereka akan hadir dalam rentas-siri tersendiri kelak.

Hari ini, The CW iaitu penerbit siri ini telah kongsikan video acah penuh buat episod Elseworld. Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, Elseworld dalam DC adalah satu dunia yang tiada kaitan dengan dunia DC lain dan kesemua teori dalam Elseworld adalah tidak masuk akal. Untuk siri televisyen ini, perkara yang tidak masuk akal adalah – Barry Allen ialah Arrow dan Oliver Queen adalah The Flash.

https://youtu.be/vho3Rwbuu_o

Dalam video acah ini juga, ia memperlihatkan watak Superman yang jahat (sut Hitam/Perak), Kate Kane sebagai Batwoman, The Flash klasik, antagonis baru The Monitor dan kesemua ini berlaku di bumi lain yang digelar sebagai Earth-90.

Bagaimana akhirnya siri Elseworld ini? Bagaimana Barry dan Oliver boleh bertukar badan dan bagaimana lakonan Ruby Rose sebagai Kate Kane/Batwoman – sama-sama kita nantikan tidak lama lagi.

Sohor Kini