Informasi Permainan Video Terkini
Legends Of Tomorrow Tidak Akan Ada Dalam Rentas-Siri Elseworld

Legends Of Tomorrow Tidak Akan Ada Dalam Rentas-Siri Elseworld

Diterbitkan pada Okt 16, 2018 oleh .

Baru-baru ini, telah kami laporkan bagaimana rupa watak Batwoman yang dilakonkan oleh Ruby Rose. Batwoman ini akan termasuk dalam rentas-siri Arrow, The Flash dan Supergirl dalam episod khas Elseworld. Di mana ia adalah rentas siri antara tiga siri televisyen DC yang diterbitkan oleh The CW.

Tetapi, dalam banyak berita dan ura-ura mengenai rentas-siri Elseworld ini – kita langsung tidak kedengaran berita mengenai Legends of Tomorrow. Kenapa? Ini kerana, Legends of Tomorrow tidak akan terlibat dalam episod khas Elseworld. Tetapi mereka mungkin akan masuk dalam rentas-siri episod lain akan datang. Mungkin kita akan lihat lagi rentas-siri Arrowverse?

Bagi yang tidak tahu apa itu Elseworld, ia adalag episod khas rentas-siri gabungan Arrow, The Flash, Supergirl dan Batwoman. Ia boleh dikatakan adalah episod yang dinantikan kerana sebelum ini, rentas-siri Arrowverse ramai yang meminatinya.


TIPS & ULASAN