Captain Marvel tidak dinafikan adalah satu filem Marvel yang ramai nantikan. Ia membawakan pelakon Brie Larson yang memainkan watak Carol Denvers/Captain Marvel sebagai seorang adiwira baru dalam dunia MCU. Salah satu sebab filem ini dinantikan ramai, ia adalah filem yang akan menyelamatkan pasukan Avengers yang ‘mati‘ dalam Avengers: Infinity War.

Filem ini juga memperlihatkan watak Agent Phil Coulson kembali beroperasi bersama-sama dengan Director Fury. Dengan kehangatan Captain Marvel yang belum lagi reda (kerana filemnya ditayangkan tahun hadapan) – Marvel mengacah lagi dengan poster baru semalam melalui satu kicauan. Poster ini memperlihatkan Captain Marvel sedang menggunakan kuasanya. Dalam kicauan ini juga, Marvel mengatakan satu video acah baru akan hadir di ESPN Monday Night Football – iaitu Selasa pagi esok.

Apa yang akan kita lihat dalam video acah baru ini? Adakah ia satu beberan dari Marvel? Sama-sama kita nantikan esok.

Sohor Kini