Sukan Asia Tenggara 2019 yang bakal berlangsung di Manila, Filipina bermula 30 November sehingga 10 Disember 2019 bakal membawa satu kelainan, apabila menjadikan acara e-sukan sebagai acara yang menyumbangkan pingat. Ini adalah berbeza dengan penganjuran e-sukan di Sukan Asia sebelum ini yang dipertandingkan tanpa disediakan sebarang pingat.
Terdapat 6 permainan yang akan dipertandingkan dan setiap satunya menyumbangkan satu pingat untuk pemenang. Ia adalah 2 permainan konsol, 2 permainan PC dan 2 permainan telefon pintar. Setakat ini, hanya Mobile Legends yang disahkan sebagai salah satu permainan yang dipertandingkan.
Manakala Razer diumumkan sebagai penaja utama untuk kejohanan e-sukan. Sebagai penaja utama, Razer akan menyumbangkan kemahiran mereka dari segi perkakas, perisian serta servis untuk menyokong kesemua acara e-sukan di Sukan Asia Tenggara 2019.
Ini juga melibatkan perbincangan di antara penganjur acara tersebut dengan pelbagai penerbit permainan untuk memilih permainan yang akan dipertandingkan nanti. Senarai penuh kejohanan akan diumumkan tidak dalam masa beberapa bulan lagi.
Ini merupakan satu lagi perkembangan positif untuk industri e-sukan, dengan menjadi salah satu di dalam kejohanan sukan tradisi seperti ini sudah semestinya akan membuka lebih ruang untuk e-sukan dipertandingkan dengan lebih meluas.
[info]Bacaan Lanjut: CEO Razer Akan Melabur RM10 Juta Di Malaysia Pada 2019 Untuk E-Sukan[/info] [info]Laman Rasmi: Razer SEA Games 2019[/info]