Informasi Permainan Video Terkini
Siri Aksi Nyata Cowboy Bebop Diumumkan Oleh Netflix

Siri Aksi Nyata Cowboy Bebop Diumumkan Oleh Netflix

Diterbitkan pada November 28, 2018 oleh .

Tahun hadapan Disney+ akan dilancarkan dan kandungan dari Disney tidak akan lagi ditawarkan di platform penstriman Netflix. Oleh sebab itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini pelbagai projek kandungan asli baharu diumumkan oleh mereka. Terkini siri aksi nyata Cowboy Bebop pula diumumkan.

Filem ini akan menerima sentuhan dari Christopher Yost yang sebelum ini menulis skrip filem Thor : Ragnarok. Shinichiro Watanabe  yang merupakan pencipta Cowboy Bebop pula akan menjadi penasihat kepada siri. Tiada maklumat mengenai pelakon yang bakal memainkan watak-watak ikonik dari anime terkemuka ini. Yang pasti Netflix nampaknya mengambil pelbagai IP anime terkemuka untuk dijadikan siri seperti Altered Carbon dan Pacific Rim yang diumumkan awal bulan yang lalu.


TIPS & ULASAN