Informasi Permainan Video Terkini
Siri Anime Devil May Cry Akan Diterbitkan Oleh Penerbit Siri Castlevania Untuk Netflix

Siri Anime Devil May Cry Akan Diterbitkan Oleh Penerbit Siri Castlevania Untuk Netflix

Diterbitkan pada November 19, 2018 oleh .

Sebelum diura-urakan penerbit siri Netflix Castlevania Adi Shankar akan menerbitkan siri anime berdasarkan siri permainan The Legend of Zelda. Namun, ura-ura tersebut tampaknya tidak benar. Sebaliknya, beliau mengumumkan akan mengeluarkan siri anime berdasarkan siri permainan Devil May Cry.

Walaupun agak kecewa akan tetapi siri anime Devil May Cry masih lagi menarik terutama ia akan dikeluarkan oleh yang mengeluarkan siri Castlevania. Adi Shankar juga mengatakan beliau secara peribadi membeli kebenaran untuk menerbitkan siri tersebut agak ia tidak akan dikacau oleh “Hollywood”.

Menariknya, beliau juga mengumumkan yang dunia siri Devil May Cry merupakan dalam satu dunia dengna siri Castlevania yang beliau gelar sebagai “bootleg multiverse”. Ini bukanlah pertama kali Devil May Cry menerima siri anime akan tetapi kami masih tidak sabar untuk menontonnya.


TIPS & ULASAN