Skip to main content

Musim kedua untuk siri Castlevania kini sudah boleh ditonton di Netflix, berdasarkan ulasan ia satu sambungan siri yang baik. Penerbit siri tersebut iaitu Adi Shankar, melalui penulisan di akaun Instragram beliau mengumumkan yang beliau akan mengeluarkan satu lagi siri berdasarkan siri permainan ikonik daripada pembangun ikonik Jepun.

Berdasarkan laporan The Wrap, siri yang dimaksudkan oleh Adi Shankar adalah The Legend of Zelda oleh Nintendo. Namun, buat masa ini beliau tidak mengatakan secara rasmi mengenai perkara tersebut tetapi menjanjikan maklumat lanjut pada 16 November 2018.

Dengan mengatakan siri permainan “ikonik daripada pembangun ikonik Jepun” ia boleh merujuk kepada banyak permainan lain akan tetapi kami semestinya berharap laporan mengenai The Legend of Zelda adalah benar.

Leave a Reply