Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mempatenkan Alat Kawalan Dualshock Dengan Skrin Sesentuh Terbina

Sony Mempatenkan Alat Kawalan Dualshock Dengan Skrin Sesentuh Terbina

Diterbitkan pada November 13, 2018 oleh .

Dualshock adalah alat kawalan untuk konsol Playstation. Sudah berpuluh tahun, reka bentuk dan fungsi Dualshock ini sama – cuma untuk Playstation adalah konsol pertama dengan sokongan Dualshock dengan pad sesentuh terbina. Kini, melalui United States Patent and Trademark Office – Sony dilihat telah mendaftar paten buat Dualshock baharu dengan skrin sesentuh terbina.

Perkara ini mungkin menarik. Tetapi dari logik akal, mata pemain konsol adalah pada skrin dan bukannya pada alat kawalan. Wii U dan Sega Dreamcast telah pun gagal dalam cubaan konsep yang hampir sama – di mana alat kawalan mempunyai skrin. Tetapi, mungkin Sony berjaya merungkai fungsi yang akan memudahkan pengguna?

Dengan adanya skrin ini, alat kawalan ini mungkin mampu memaparkan inventori dalam permainan, peta atau juga status permainan seperti nyawa watak. Tidak pasti jika Sony akan menggunakan paten ini untuk Dualshock yang akan dipadankan dengan konsol Sony akan datang. Sama-sama nantikan berita di Aksiz.


TIPS & ULASAN