Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka Black Desert Di Xbox One Bakal Bermula November Ini

Beta Terbuka Black Desert Di Xbox One Bakal Bermula November Ini

Diterbitkan pada Okt 28, 2018 oleh .

Pearl Abyss hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sesi percubaan buat permainan atas-talian Black Desert di Xbox One pada 8 November ini. Permainan tersebut diumumkan bakal tiba di Xbox One pada E3 2018 lepas.

Black Desert asalnya merupakan permainan MMORPG yang dilancarkan di PC. Kini, dengan tibanya di konsol Xbox One, Pearl Abyss menyatakan bahawa mereka akan membangunkannya secara khas dengan sokongan alat kawalan Xbox One.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya sebelum ia dilancarkan secara rasmi, anda boleh ke pautan dibawah untuk membuat pendaftaran beta terbuka bagi permainan tersebut.

Daftar: Black Desert Beta


TIPS & ULASAN