Skip to main content

Permainan simulasi adalah satu permainan yang memerlukan komitmen dan semangat yang serius untuk bermain. Antara permainan simulasi yang baru kami ulaskan adalah Two Point Hospital. Kini satu permainan simulasi baru akan dilancarkan buat Nintendo Switch – iaitu RollerCoaster Tycoon Adventures.

Jika anda ingat pada zaman 90-an, permainan simulasi ini adalah permainan di mana pemain perlu menjaga, membina dan menguruskan taman tema. Lebih-lebih lagi dalam pembangunan roller coaster. Jadi, RollerCoaster Tycoon Adventures ini adalah satu siri dalam generasi baru. Ia menggabungkan bentuk permainan klasik dengan pengalaman pemain moden. Menarik sekali, permainan ini akan dilancarkan buat Nintendo Switch. Terdapat tiga mod permainan iaitu kempen, senario mencabar dan juga Sandbox terbuka.

Permainan ini pula akan menyokong resolusi 1080p 30fps ketika disambungkan kepada dermaga dan hanya 720p 30fps jika tanpa dermaga. Permainan ini akan mula dilancarkan buat Nintendo Switch bermula suku pertama tahun 2019 kelak. Jadi, jika anda adalah peminat permainan video simulasi, lebih-lebih lagi berkaitan taman tema dan roller coaster – sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply