Informasi Permainan Video Terkini
Storm Boy: The Game Akan Dilancarkan – Permainan Video Berdasarkan Novel Kanak-Kanak 60-an
Artikel Berkaitan

Storm Boy: The Game Akan Dilancarkan – Permainan Video Berdasarkan Novel Kanak-Kanak 60-an

Diterbitkan pada Okt 25, 2018 oleh .

Storm Boy adalah novel kanak-kanak yang mengisahkan seorang kanak-kanak dengan haiwan peliharaan beliau, seekor burung pelikan. Selain itu, novel ini turut memfokuskan hubungan kanak-kanak ini dengan bapa beliau Hide-Away Tom, burung pelikan tadi dan juga orang asli bernama Fingerbone.

Berdasarkan novel di atas, satu permainan video kini dihasilkan iaitu Storm Boy: The Game. Ia adalah satu permainan interaktif yang membenarkan pemain mengalami jalan cerita klasik ini di dalam satu medium baru. Pemain turut boleh mengawal watak protagonis eponim dan burung pelikan tersebut yang diberi nama Mr. Percival. Kanak-kanak ini dan Mr. Percival akan mengembara ke lagun Coorong dan pantai selatan Australia yang megah.

Permainan ini dibangunkan oleh Blowfish Studios dan akan hadir ke platform PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC, Mac, iOS, dan Android pada November 20 kelak.


TIPS & ULASAN