Informasi Permainan Video Terkini
Rockstar Berkongsi Trailer Pelancaran Buat Red Dead Redemption 2

Rockstar Berkongsi Trailer Pelancaran Buat Red Dead Redemption 2

Diterbitkan pada Okt 18, 2018 oleh .

Rockstar Games hari ini berkongsi satu lagi trailer buat Red Dead Redemption 2 bersempena pelancaran permainan tersebut tidak lama lagi. Melalui trailer tersebut ia tidak memperlihatkan banyak perkara baharu tetapi lebih memfokuskan kepada Van der Linde gang.

Van der Linde gang merupakan sekumpulan ‘penjahat’ yang juga disertai oleh Arthur Morgan iaitu watak yang akan dikawal di dalam permainan ini. Menariknya, trailer tersebut juga memperlihatkan John Marston yang merupakan watak utama untuk Red Dead Redemption dengan lebih mendalam. Beliau nampaknya menggunakan pelakon suara yang sama dengan permainan sebelum ini.

Trailer tersebut juga memperlihatkan permasalahan di dalam Van der Linde gang apabila mereka gagal dalam rompakan serta permasalahan antara Dutch Van der Linder iaitu ketua untuk gang tersebut dengan satu watak lain.

Red Dead Redemption 2 akan dikeluarkan pada 26 Oktober ini untuk Playstation 4 dan Xbox One, seperti kami laporkan sebelum ini, ia memerlukan ruangan storan yang besar. Bagi pemain yang membeli secara digital anda boleh memuat turun lebih awal bermula 12 tengah hari esok.


TIPS & ULASAN