Hari ini, Razer mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan peranti telefon pintar terbaru mereka, iaitu Razer Phone 2. Bersempena dengan itu, Razer juga mengumumkan bahawa mereka juga akan melancarkan alat kawalan khas yang direka untuk kegunaan bersama telefon pintar, iaitu Razer Raiju Mobile.
Melalui alat kawalan Razer Raiju Mobile, alat kawalan ini dihasilkan khas dengan penggunaan bersama telefon pintar dimana ianya dilengkapi tempat pemegang telefon. Tambahan itu, alat kawalan ini juga mempunyai sambungan secara Bluetooth untuk digunakan bersama telefon pintar tersebut. Selain itu, alat kawalan ini juga boleh digunakan dengan menyambung USB-C dan juga ianya dicas dengan penyambung yang sama.
Seperti alat kawalan Razer Raiju di Playstation 4, alat kawalan Razer Raiju Mobile juga akan disertakan dengan butang tambahan yang terdapat di pemegang alat kawalan tersebut. Terdapat empat butang tambahan, seperti Razer Raiju sebelum dimana dua di bahu dan dua lagi di belakang alat kawalan tersebut.
Menurut Razer, alat kawalan ini juga bakal menerima sokongan pelbagai peranti Android utama dan juga di PC. Namun sokongan di PC akan diumumkan kemudian.
Setakat ini, terdapat empat permua yang bakal tiba dengan sokongan alat kawalan ini iaitu Vainglory, Lineage 2, Dead Trigger 2 dan Gear Club. Dari segi harga dan tarikh pelancaran, Razer masih belum umumkannya lagi.