Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Hadir Dengan Tom Clancy’s Secret Project Alpha – Sebuah Permua RPG

Ubisoft Hadir Dengan Tom Clancy’s Secret Project Alpha – Sebuah Permua RPG

Diterbitkan pada Okt 9, 2018 oleh .

Tom Clancy’s adalah nama penulis buku bertemakan aksi askar, perang, perisik dan banyak lagi. Nama beliau digunakan oleh Ubisoft untuk permainan-permainan video bertemakan dengan buku yang ditulis beliau. Kini, Ubisoft hadir dengan sebuah permua – Tom Clancy’s Secret Project Alpha. Ia adalah permua berasaskan RPG.

Menarik dengan permua ini, pemain boleh menubuhkan pasukan tersendiri dengan memasukkan watak-watak dari Rainbow Six, Ghost Recon, dan francais Splinter Cell. Permua ini adalah permainan 5v5 di mana pemain perlu bertempur melalui kempen atau acara.

Setiap watak turut boleh dinaik-taraf dan pemain turut boleh menerima ganjaran jika berjaya melengkapkan misi. Buat masa ini ia hadir dalam bentuk beta dan hanya berada untuk platform Android. Sayang sekali, ia tidak boleh dimuat turun buat peminat di Malaysia.


TIPS & ULASAN