Informasi Permainan Video Terkini
Monster Hunter Stories Kini Hadir Dalam Versi Permua

Monster Hunter Stories Kini Hadir Dalam Versi Permua

Diterbitkan pada Okt 1, 2018 oleh .

Pada bulan Ogos tahun lepas, Capcom dan Nintendo mengumumkan permainan Monster Hunter Stories buat Nintendo 3DS. Kini, selepas lebih satu tahun – Monster Hunter Stories hadir dalam versi permua.

Monster Hunter Stories adalah permainan pengembaraan oleh Capcom dan merupakan permainan siri variasi Monster Hunter dimana Capcom memfokuskan bentuk permainan pertempuran mengikut turutan, tidak seperti permainan asal Monster Hunter lain yang memfokuskan aksi dan pertempuran masa-nyata. Ia hadir untuk platform Android dan iOS.

Jika peminat permainan siri Monster Hunter ingin bermain boleh membelinya melalui Google Play Store dengan harga RM76.99 atau Apple App Store RM79.90. Tetapi, Capcom turut memberi peluang mencuba terlebih dahulu dengan bermain MHST The Adventure Begins iaitu versi demo Monster Hunter Stories.

Muat Turun: MHST The Adventure Begins Di Play Store

Muat Turun: Monster Hunter Stories Di Play Store

Muat Turun: MHST The Adventure Begins Di App Store

Muat Turun: Monster Hunter Stories Di App Store


TIPS & ULASAN