Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah X-Men: Dark Phoenix Dipertontonkan – Akan Ditayang Februari 2019

Video Acah X-Men: Dark Phoenix Dipertontonkan – Akan Ditayang Februari 2019

Diterbitkan pada Sep 27, 2018 oleh .

X-Men: Dark Phoenix nampaknya memfokuskan pada watak Jean Grey yang lebih pada dalam komik. Sedikit berbeza dengan filem sebelumnya seperti X2 (2003) atau X-Men: The Last Stand (2006) yang lebih memfokuskan watak alter ego.

Filem ini adalah prekuel dalam siri X-Men. Ia menceritakan bagaimana kuasa Jean Grey mengubah beliau ke arah kegelapan dengan menjadi Dark Phoenix. Disebabkan Jean Grey adalah ahli X-Men, pasukan X-Men perlu memilih sama ada nyawa seorang perlu diselamatkan atau nyawa orang ramai di dunia. Terkini, Fox mempertontonkan video acah buat filem ini.

Filem ini dibintangi oleh Sophie Turner sebagai Jean Grey yang sebelum ini telah pun membawakan watak dalam X-Men: Apocalypse, manakala James McAvoy juga kembali sebagai Professor Charles Xavier bersama-sama dengan pasukan X-Men dalam francais reboot X-Men seperti Michael Fassbender sebagai Erik Lehnsherr dan Magneto dan Jennifer Lawrence sebagai Raven dan Mystique. Watak Hank McCoy dan Beast yang dilakonkan oleh Nicholas Hoult juga turut terlihat dalam video acah ini.

X-Men: Dark Phoenix akan ditayang di pawagam seluruh dunia bermula pada 14 Februari 2019 kelak.


TIPS & ULASAN