Informasi Permainan Video Terkini
Xbox One Bakal Menerima Sokongan Tetikus Dan Papan Kekunci

Xbox One Bakal Menerima Sokongan Tetikus Dan Papan Kekunci

Diterbitkan pada Sep 26, 2018 oleh .

Microsoft minggu ini, mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan kemaskini untuk membolehkan konsol Xbox One menyokong tetikus dan papan kekunci.

Namun, sokongan untuk permainan masih bergantung kepada pembangun dan permainan tidak akan menyokong tetikus dan papan kekunci secara terus. Sebaliknya, pembangun harus mengemaskini permainan mereka untuk menyokong fungsi baharu ini.

Menurut Microsoft, mereka merasakan pembangun lebih mengetahui jika permainan mereka harus menyokong tetikus dan papan kekunci atau tidak. Selain itu, Microsoft juga mengumumkan kerjasama dengan Razer untuk mengeluarkan produk yang khas untuk Xbox One.

Bagi kami, Microsoft sudah semestinya ingin menjadikan Xbox One sebagai alternatif kepada PC, dengan sokongan ini sudah semestinya boleh menarik minat pemain.

Bagi pembangun permainan, untuk permainan solo tidak masalah untuk menyertakan sokongan tetikus dan papan kekunci akan tetapi untuk permainan dalam talian secara kompetitif harus menyediakan pilihan lain untuk memastikan perlawanan adalah adil.


TIPS & ULASAN