Skip to main content

Pada awal bulan lepas, Bandai Namco mengumumkan musim kedua buat Tekken 7. Selain daripada penambahan watak seperti Anna Williams, Lei Wulong dan Negan dari The Walking Dead – Tekken 7 turut hadir dengan beberapa elemen baru dan banyak penambahbaikan.

Oleh itu, Bandai Namco mempertontonkan bentuk permainan dan beberapa kandungan seperti pakaian yang unik buat watak Anna Williams dan Lei Wulong. Antara elemen baru yang hadir adalah kawalan yang lebih mudah untuk mengakses kombo, dinding yang melantunkan semula watak apabila diserang, penambahbaikan menu memilih watak dan banyak lagi.

Bermula hari ini, Tekken 7 musi  kedua sudah boleh dimuat turun. Manakala, bagi yang berminat untuk membeli watak seperti Anna Williams dan Lei Wulong – mereka boleh dibeli pada harga serendah &4.99 (RM21) sahaja. Permainan ini akan hadir buat Playstation 4, Xbox One dan Playstation 4 Slim.

Leave a Reply