Skip to main content

Metal Gear Solid menyambut ulang tahun pelancarannya yang ke-20 minggu ini. Permainan ini pada awalnya dilancarkan di PlayStation sebelum dilancarkan semula untuk Game Cube sebagi MGS The Twin Snakes pada tahun 2004. Ia adalah permainan yang bertanggungjawab melonjakkan nama Hideo Kojima sebagai pengarah permainan video yang disegani.

Bagi menyambut ulang tahun yang cukup bermakna ini, adegan awal MGS telah dihasilkan semula menggunakan Unreal Engine 4 oleh Erasmus Brosdau yang merupakan seorang peminat. Grafik adegan di atas kelihatan lebih realistik berbanding grafik berkotak permainan era 90an. Selepas menonton video di atas, kini kami mahu MGS dihasilkan semula dengan grafik moden.

Leave a Reply