Golongan gamer tidak terkenal dengan budaya pengemas atau pembersih. Ketika sesi maraton permainan video adalah normal untuk makan dan minum di depan kaca TV. Oleh itu pengawal permainan yang dikotori minyak adalah perkara yang cukup normal. Di Australia, pengawal permainan Xbox One edisi terhad yang kalis kotoran berminyak telah dihasilkan sempena pelancaran PUBG.

Hanya 200 pengawal permainan ini dah dihasilkan dengan saduran yang oleofobik yang tidak memerangkap kotoran berminyak. Sebanyak 5 pengawal akan diberikan sebagai hadiah kepada pengguna Facebook di Australia. Selebihnya akan diberikan kepada insan terpilih. Dengan adanya pengawal edisi terhad ini, tiada masalah chicken dinner yang mengotorkan permukaan pengawal ketika sesi PUBG.

Sohor Kini