Skip to main content

DAKAR 18 merupakan permainan perlumbaan rali yang berdasarkan perlumbaan rali tahunan di Amerika selatan oleh Amaury Sport Organisation. Menariknya juga, perlumbaan rali tersebut menyertakan pelbagai kenderaan seperti motosikal, kereta, trak, motosikal quad dan SxS.

Permainan ini sepatutnya dilancarkan pada 11 September kelak. Namun tanpa sebab yang jelas, pelancaran permainan ini ditangguhkan sehingga 25 September untuk pasaran Amerika Utara dan 28 September untuk pasaran Eropah. Disebabkan itu, tiada lagi berita mengenai tarikh penjualan buat pasaran tempatan.

Selain itu, video acah terbaru turut diterbitkan. Bagi yang musykil dan berminat permainan apakah DAKAR 18, jemput tonton video di bawah.

Leave a Reply