Skip to main content

Mario + Rabbids Kingdom Battle merupakan permainan kerjasama antara Ubisoft dan Nintendo. Ia merupakan permainan strategi turutan dimana pemain boleh bermain sebagai 8 jenis watak dan salah satu daripadanya adalah Mario.

Permainan yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lepas ini, kini telah berjaya dijual sebanyak 2 Juta salinan. Laporan ini disahkan oleh kicauan Pengarah Kreatif Ubisoft Milan – Davide Soliani melalui Twitter. Selain itu, sempena ulang tahun pertama permainan ini, Ubisoft turut berkongsi infografik yang memaparkan pilihan watak yang telah pemain pilih selama setahun umur permainan ini.

Leave a Reply