Shovel Knight merupakan permainan 2D Side-scrolling platformer yang dibangunkan dan dilancarkan oleh Yacht Club Games. Ia merupakan permainan pertama mereka yang mana ia asalnya didana melalui kempen Kickstarters.

Shovel Knight: Treasure Trove merupakan versi lengkap untuk permainan ini. Minggu ini, Yacht Club Games mengumumkan penambahan terbaru untuk Treasure Trove iaitu Showdown.

Showdown merupakan permainan versi multi-pemain setempat yang membolehkan 4 pemain bertempur merebut permata menggunakan watak-watak daripada permainan Shovel Knight.

Penambahan ini boleh didapatkan secara percuma untuk pemain yang memiliki Treasure Trove dan juga boleh didapatkan secara tersendiri dengan harga $9.99(~RM41). Ia akan tiba untuk semua platform yang mempunyai Shovel Knight: Treasure Trove kecuali 3DS dan PS Vita.

Sohor Kini