Informasi Permainan Video Terkini
Rayark Games Mengumumkan Tarikh Deemo Boleh Dimainkan Dengan Nintendo Labo Piano

Rayark Games Mengumumkan Tarikh Deemo Boleh Dimainkan Dengan Nintendo Labo Piano

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

Pada bulan April lalu, Rayark Games telah memperlihatkan permainan irama Deemo dimainkan dengan Nintendo Labo Piano. Tetapi itu hanyalah demo dan mereka tidak mengumumkan sebarang kemaskini untuk menyokong permainan itu boleh dimainkan dengan set aksesori kadbod Nintendo ini.

Kini, empat bulan sudah berlalu – akhirnya Rayark Games mengumumkan sokongan Nintendo Labo Piano yang mana boleh dimainkan dengan Deemo.

Menurut laman Nintendo Jepun, sokongan ini akan bermula pada 25 Oktober kelak. Jadi jika anda ingin mainkan Deemo bersama-sama dengan Nintendo Labo Piano – sama-sama kita nantikan kemaskininya kelak.


TIPS & ULASAN