Jika anda masih tidak menonton kami nyah kotak Nintendo Labo anda boleh melakukannya menggunakan pautan ini. Selain nyah kotak kami juga mengambil kesempatan untuk membina piano dan kami boleh dikatakan pembinaan dan piano itu sendiri sangatlah menyeronokkan.

Rayark Games yang mengeluarkan permainan irama seperti Deemo dan Voez memperlihatkan Deemo dimainkan menggunakan piano tersebut. Akan tetapi ini adalah sekadar demo sahaja, andai mereka merancang untuk mengeluarkannya maklumat lanjut akan dikongsi kan melalui page Facebook mereka.

Kami sudah semestinya sangat teruja untuk melihat pembangun-pembangun lain menggunakan Nintendo Labo untuk digunakan di dalam permainan mereka.

Sohor Kini