Alat kawalan bertemakan watak-watak dari permainan video kerap dihasilkan. Baik dari syarikat konsol itu sendiri atau dari pihak ketiga. Terkini, Hyperkin melancarkan alat kawalan X91 berwayar dengan tema Mega Man 11 untuk Xbox One yang turut boleh digunakan kepada PC.
Menurut Hyperkin, alat kawalan ini direka khas bagi mengimbau kenangan tahun 90-an. Alat kawalan ini menggabungkan rekaan klasik dengan ciri alat kawalan moden. Warna latar biru pada alat kawalan X91 ini menggunakan warna biru yang selari dengan warna watak pengebom Mega Man.
Alat kawalan ini akan mula dijual pada 2 Oktober kelak pada harga sekitar RM123.