Skip to main content

Kamen Rider adalah wira terkenal dalam drama aksi bersiri dari Jepun. Terkini, Bandai Namco hadir dengan satu permainan khas buat Nintendo Switch iaitu Kamen Rider: Climax Scrambler.

Sebelum ini, kami telah laporkan di mana permainan ini akan hadir ke pasaran Malaysia kelak. Ini bermakna permainan ini akan hadir dalam bahasa Inggeris.

Kini, selepas hampir satu bulan dari pengumuman – video acah Kamen Rider: Climax Scrambler akhirnya diperlihatkan.

Kamen Rider Climax Scramble merupakan permainan perlawanan yang akan menyertakan 31 Kamen Rider berlainan bermula dari Kamen Rider Heisei pertama, iaitu Kamen Rider Kuuga sehinggalah Kamen Rider terkini. Menurut Bandai Namco, permainan ini akan mempunyai sokongan multi-pemain melalui perkongsian alat kawalan JoyCon.

Tarikh keluaran masih belum diumumkan. Jika anda berminat, mari sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply