Skip to main content

Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Kamen Rider Climax Scramble khas di konsol Nintendo Switch. Ini merupakan permainan pertama Kamen Rider yang bakal tiba buat konsol Switch.

Menariknya, menurut Bandai Namco permainan ini akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Asia Tenggara, termasuklah Malaysia dengan suara latar Jepun dan sarikata Inggeris.

Kamen Rider Climax Scramble merupakan permainan perlawanan yang akan menyertakan 31 Kamen Rider berlainan bermula dari Kamen Rider Heisei pertama, iaitu Kamen Rider Kuuga sehinggalah Kamen Rider terkini. Menurut Bandai Namco, permainan ini akan mempunyai sokongan multi-pemain melalui perkongsian alat kawalan JoyCon.

Buat masa ini, Bandai Namco tidak mengumumkan sebarang pengumuman termasuklah tarikh pelancarannya. Seperti biasa, kami akan berkongsi sebarang informasi lanjut selepas diumumkan oleh Bandai Namco kelak.

Leave a Reply