Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan Dota 2 The International 2019 Akan Diadakan Di Shanghai, China

Kejohanan Dota 2 The International 2019 Akan Diadakan Di Shanghai, China

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

Dengan tamatnya kejohanan terbesar Dota 2, The International 2018 pada hujung minggu lepas, Valve kini mengumumkan bahawa kejohanan The International untuk tahun 2019 akan diadakan di Shanghai, China.

Buat masa ini, tarikh kejohanan tersebut masih belum diumumkan, namun ia merupakan pertama kali acara tersebut di adakan di negara Asia. Selain daripada Jerman untuk tahun 2011, kejohanan The International sering dilakukan di Amerika Syarikat. Kini tampaknya Valve akan membawa keluar jauh dari negara tersebut dan terus ke China.

Bagi anda peminat Dota 2 diluar sana, nampaknya sekarang sudah tiba masanya untuk menabung untuk ke acara tersebut. Seperti biasa, tarikh kejohanan tersebut akan kami kongsikan apabila ianya diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN