Informasi Permainan Video Terkini
OMEN By HP Melancarkan Siri Komputer Riba OMEN Terbaru – Kini Boleh Dipra-Tempah

OMEN By HP Melancarkan Siri Komputer Riba OMEN Terbaru – Kini Boleh Dipra-Tempah

Diterbitkan pada Ogos 27, 2018 oleh .

OMEN by HP hari ini melancarkan produk terbaru buat siri OMEN di Sunway Pyramid, Petaling Jaya dimana mereka mengemaskini siri OMEN mereka sebelum ini dengan spesifikasi baru bersama dengan rekaan yang diubah-suai.

Dua komputer riba yang dikemaskini oleh HP adalah OMEN 15 dan OMEN 17 yang mana kali ini HP mengemaskini dengan pemprosesan Intel generasi ke-8 dengan pilihan kad grafik Nvidia 1060 atau 1070 GTX. Kedua-dua komputer riba tersebut juga hadir dengan pilihan memori sehingga 8GB bersama dengan kombinasi storan HDD dan SSD.

OMEN 15 mempunyai saiz skrin 15.6 inci manakalan OMEN 17 pula mempunyai saiz skrin bersaiz 17.3 inci. Menariknya, kali ini HP mengemaskini skrin kedua-dua model tersebut dengan pilihan untuk skrin kadar segara sebanya 144hz. Selain itu, bingkai skrin buat kedua-dua komputer riba tersebut juga mempunyai bingkai yang lebih nipis berbanding rekaan model tahun lepas.

Selain daripada kemaskini spesifikasi baru, HP juga membawa rekaan baru seperti warna lampu di papan kekunci mempunyai empat zon warna yang berbeza yang boleh diubahsuai melalui aplikasi OMEN Command Center.

Port penyambung USB dan HDMI bersama-sama dengan Ethernet juga diletakkan belakang komputer riba tersebut untuk memudahkan lagi pemain menyambung pelbagai aksesori tambahan lain seperti tetikus dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan komputer riba tersebut, ianya boleh dipra-tempah melalui laman rasmi HP ataupun dimana-mana pengedar rasmi HP bermula dengan harga RM4,485 bagi model OMEN 15 manakala OMEN 17 pula bermula dengan RM8,699.

Menariknya juga, bagi anda yang menghadirkan diri ke acara OMEN by HP di Sunway Pyramid, Petaling Jaya hari ini dan esok, HP menyediakan barangan esklusif khas yang bernilai RM1,300 buat mereka yang membuat pra-tempahan komputer riba tersebut di sana.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan komputer riba terbaru OMEN by HP bermula hari ini.


TIPS & ULASAN