Pada tahun lepas, kami di Aksiz berpeluang mencuba permua War Pods di acara Comic Fiesta 2017. War Pods dibangunkan oleh Weyrd Works iaitu pembangun dari Malaysia. Kini selepas lebih setengah tahun, akhirnya War Pods dilancarkan.

War Pods adalah permua RPG memecah blok dengan menggunakan watak-watak kartun. Antara perkara menarik adalah:
BLOCK BREAKER BATTLES
Menembak musuh dengan tembakan berkuasa yang melantun keseluruh skrin. Jadi seorang pakar penembak dengan meningkatkan tahap kemusnahan.
WEEKLY CHALLENGES
Ambil bahagian dalam acara mingguan dengan pelbagai cabaran dan cerita baru.
SPACE ODDITIES
Berlawan dengan pelbagai puak musuh termasuk Space Pirates, Nommers, Scavengers, musuh paling menakutkan Negasaurs dan banyak lagi.
TURN-BASED RPG
Secara strategi, pilih kombo dari tiga watak ke pertempuran; setiap kombo mempunyai keistimewaan dan kemampuan berbeza.
VARIED ALLIES
Seru banyak lagi watak dari seluruh galaksi untuk menyertai pertempuran dengan menggunakan Hexachron yang paling berkuasa.



